Kisah Kejayaan

Q4 2023 : KEUSAHAWANAN – Puan Rosinie Matunda

USAHAWAN PRODUK DAN JUALAN KRAFTANGAN

Nama         : ROSINIE MATUNDA

Umur         :  43 Tahun

 Ahli            : 2022

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Rosinie Matunda berasal daripada Kampung Mangaris, Kota Marudu. Beliau merupakan seorang usahawan dan suri rumah. Suami beliau bekerja sebagai seorang guru, namun oleh kerana semangat yang tinggi, Puan Rosinie kuat dalam membantu suami meningkatkan pendapatan sampingan dengan aktif menjual.  Mereka dikaruniakan 6 orang anak yang masih kecil dan bersekolah. jualan beliau.  Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (SPM) dengan keputusan sederhana cemerlang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PEDi pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Konsep jualan yang diketengahkan oleh beliau adalah menjual produk kepada kenalan. Cara promosi pada masa itu hanyalah dari mulut kemulut. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Melalui penglibatan kelas-kelas usahawan seperti yang dianjurkan oleh PEDi, kini perniagaan beliau mula dipasarkan diatas talian menerusi facebook & whatsapp business. Beliau juga dapat mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Antara ilmu usahawan yang dipelajari oleh beliau ialah cara mempromosi jualan menggunakan facebook dan muat naik kedalam status whatapp. Dengan cara ini beliau dapat mewarkan-warkan perniagaan beliau ke pada lebih ramai orang yang mana tidak tertumpu dengan kawasan setempat sahaja.