CELIK IT – BELAJAR MICROSOFT OFFICE, GOOGLE & LATIHAN MENAIP
Nama : Eva Vanessa Undi Umur : 13 Tahun Ahli : 2022 |
Latar belakang
Eva Vanessa Undi berasal daripada Kampung Sungoi Laut Kota Marudu. Eva berumur 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Langkon. Eva telah menjadi ahli PEDi Simpang Tiga Langkon pada tahun 2022 kerana tertarik dengan aktiviti dan perkhidmatan yang ada di PEDi Simpang Tiga Langkon. Eva juga sering menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti penggunaan komputer, fotokopi dan mencetak. Eva juga rajin mengikuti kelas-kelas ICT dan Advokasi Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh petugas di PEDi Simpang Tiga Langkon. Eva menjadikan PEDi Simpang Tiga Langkon sebagai one-stop center dalam membantunya meningkatkan kemahiran ICT dan kesedaran dalam penggunaan ICT dalam kehidupan harian serta kemudahan internet ini dapat membantunya dalam mencari maklumat tentang kerja sekolah sebagai rujukan. Semoga kelas-kelas ICT dan Advokasi yang dianjurkan oleh petugas dapat membantu ramai komuniti dalam meningkatkan kemahiran ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi Simpang Tiga Langkon, Eva tidak mempunyai kemahiran asas komputer dan tidak mengetahui cara-cara melayari internet serta penggunaan microsoft. Selain itu, Eva lebih banyak menghabiskan masanya di rumah dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah disebabkan kurangnya maklumat dan rujukan. Tambahan pula kawasan perkampungan yang ditinggal oleh eva mempunyai kesukaran untuk mendapatkan line internet kerana berada di kawasan pendalaman.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, Eva kini mempunyai kemahiran dalam penggunaan ICT. Adik Eva sangat bersyukur kerana adanya PEDi di sekitarnya kerana sangat membantunya dalam meningkatkan kemahiran ICT sekaligus membantunya mendapatkan maklumat tentang kerja sekolah yang diberikan oleh pihak guru. Penglibatan Eva dalam kelas-kelas ICT secara konsisten telah membantunya meningkatkan kemahiran seperti menaip, penggunaan microsoft dan melayari internet. Eva juga lebih memahami kepentingan penggunaan ICT dan Advokasi KDB yang dianjurkan oleh petugas PEDi. Eva lebih banyak menghabiskan masanya menyiapkan kerja sekolah di PEDi kerana ianya dapat memudahkannya untuk mendapatkan rujukan dan maklumat lain dengan melayari internet. Eva menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari sebagai kemahiran yang berguna untuk masa hadapan dan menjadikan PEDi sebagai one-stop center untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan kemahiran ICT.