Celik IT – BELAJAR MENAIP DAN MICROSOFT DAN ADVOKASI
|
Nama : Exley Ryyan Snejder Neckly Umur : 11 Tahun Ahli : 2022 |
Latar Belakang
Exley Ryyan Snejder Neckly merupakan seorang pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tagaroh Kota Marudu Sabah. Adik Ryan telah mengikuti kelas ICT di PEDi Simpang Tiga Langkon dan telah mendaftar Ahli pada bulan Mei 2022 kerana tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh petugas PEDi seperti penggunaan komputer secara percuma kepada ahli, mempelajari cara-cara melayari youtube dan aktiviti lain seperti menaip dan belajar Microsoft Word. Adik Ryan menjadikan PEDi Simpang Tiga Langkon sebagai one-stop center untuk meningkatkan kemahiran ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan Adik Ryan di PEDi, Adik Ryan tidak mempunyai kemahiran asas komputer dan tidak mengetahui cara-cara melayari internet serta penggunaan Microsoft Word. Sebelum Adik Ryan menjadi ahli PEDi, dia lebih gemar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain dengan kawa-kawan. Kurangnya pendedahan internet dan kemudahan asas komputer, Adik Ryan lebih menghabiskan masanya dengan aktiviti yang bermain Bersama-sama dengan rakan-rakan.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, Adik Ryan menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT dalam kehidupan seharian di mana ianya dapat membantu Adik Ryan untuk menggunakan ICT dalam pembelajarannya. Setelah mengikuti kelas ICT secara konsisten, Adik Ryan telah berjaya menaip dengan pantas dan telah memahami secara asas tentang penggunaan internet,cara menggunakan Microsoft Word serta Adik Abel mempelajari membuat lukisan menggunakan 3D Paint. Adik Ryan juga mengatakan bahawa dia akan menggunakan kemahiran yang dipelajari digunakan untuk membantunya dalam pembelajaran di sekolah terutamanya dalam pencarian maklumat. Di samping itu, Adik Ryan menyedari bahawa internet pada masa kini sangat penting dalam kehidupan seharian terutamanya dalam Pendidikan.