Kisah Kejayaan

Q3 2022 : KEUSAHAWANAN – Puan Farni Millis

USAHAWAN MAKANAN DAN KRAFTANGAN

Nama         : Farni Millis

Umur         :  39 Tahun

 Ahli            : 2022

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Farni Millis berasal daripada Kampung Tonsom. Beliau menjalankan perniagaan makanan dan kraftangan seperti menjual kerepek dan kacang tanah. Manakala kraftangan seperti bunga dan cenderhati yang diperbuat daripada sisa kulit jagung. Puan Farni memiliki kedai menjual makanan serta bengkel kraftangan berhampiran laluan utama antara Kota Marudu, Pitas dan Kudat berdekatan dengan R&R Langkon. Beliau aktif mengikuti program-program usahawan dalam meningkatkan kemahiran dan mempromosikan produk beliau. Produk kacang tanah dan kraftangan kulit jagung yang diusahakan juga sering mendapat sambutan yang tinggi daripada pelbagai pelanggan. Produk Kraftangan Kulit Jagung dijadikan sebagai salah satu produk yang ingin dipasarkan secara atas digital melalui platform e-dagang yang telah dipelajari di PDi Simpang Tiga Langkon.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, perniagaan beliau hanya menjalankan aktiviti perniagaan menjual digerai beliau dan menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan tetap beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui penglibatan kelas-kelas usahawan seperti yang dianjurkan oleh PEDi, kini perniagaan beliau mula dipasarkan diatas platform e-dagang seperti shopee. Puan Farni juga membawa rakan-rakan usahawan beliau untuk mengikuti kelas-kelas anjuran PEDi untuk menambah ilmu keusahawanan serta mempelajari Ilmu Kemahiran ICT lain bagi meluaskan lagi pasaran perniagaan mereka di luar kawasan Kota Marudu terutama di atas platform E-dagang. Kini Puan Farni mampu membuka peluang pekerjaan kepada komuniti terutama golongan surirumah dan belia.