Belajar Internet, Microsoft Word dan Advokasi
|
Nama : Abel Badrul Shah Abdullah Umur : 9 Tahun Ahli : 2022 |
Latar Belakang
Adik Abel Badrul Shah Abdullah merupakan seorang pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Bengkongan Kota Marudu Sabah. Adik Abel telah mengikuti kelas ICT di PEDi Simpang Tiga Langkon dan telah mendaftar sebagai Ahli. Adik Abel konsisten mengikuti kelas ICT dan KDB yang dianjurkan oleh PEDi Simpang Tiga Langkon. Adik Abel telah mendaftar Ahli pada bulan April 2022 kerana berminat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Petugas PEDi seperti pengunaan komputer, melayari youtube dan mengikuti pembelajaran lain seperti menaip dan mewarna secara online.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan di PI, Adik Abel tidak mengetahui fungsi-fungsi penggunaan komputer kerana kurang pendedahan dengan ilmu pengetahuan komputer. Sebelum Adik Abel mendaftar sebagai ahli PEDi Adik Abel meluangkan masa bersama-sama dengan rakan-rakan dan bermain. Selain itu, Adik Abel juga tidak mampu menaip dengan cekap tanpa bantuan Petugas PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kapada Adik Abel tentang penggunaan komputer dan fungsi-fungsi komponen komputer. Selain itu, Petugas juga memberi panduan mengenai teknik asas menggunakan teknologi seperti google, perisian seperti Microsoft Word dan menaip. Setelah melalui beberapa latihan dan kelas ICT di PI, Adik Abel mempunyai perkembangan yang baik dimana Adik Abel telah mengetahui fungsi-fungsi penggunaan komputer dan dapat menaip dengan cekap tanpa bantuan petugas PEDi.