USAHAWAN MAKANAN DAN JUALAN KASUT BUNDLE
Nama : Nurul Alyaa Roslie Abdullah Ahli : 2022 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Puan Nurul Alyaa berasal daripada Kampung Langkon Baru. Beliau merupakan seorang usahawan dan surirumah. Puan Nurul Alyaa dan suami bersama-sama mengusahakan gerai makanan dan minuman mereka di Simpang Tiga Langkon. Beliau menjalankan perniagaan makanan dan minuman serta menjual kasut-kasut bundle. Gerai makanan beliau menjual pelbagai makanan untuk sarapan pagi dan makanan tengahari. Mereka mempunyai seorang anak yang baru berumur 6 tahun. Beliau aktif mengikuti program-program usahawan dalam meningkatkan kemahiran dan mempromosikan jualan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan PEDi, perniagaan beliau hanya menjalankan aktiviti perniagaan menjual di gerai beliau dan menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan tetap beliau. Pendapatan kasar adalah sekitar RM 500 – RM 1000 semasa di awal perniagaan dijalankan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui penglibatan kelas-kelas usahawan seperti yang dianjurkan oleh PEDi, kini perniagaan beliau mula dipasarkan diatas talian menerusi facebook & whatsapp business. Hasilnya Pendapatan telah meningkat di sekitar RM 1000 – RM 3000. Kini perniagaan beliau lebih dikenali dan mendapat sambutan yang baik dan juga menerima tempahan katering makanan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di sekitar Kota Marudu.