Kisah Kejayaan

Q1 2024 : KEUSAHAWANAN – Encik Maxwell

USAHAWAN PERCETAKAN BAJU

Nama        : Maxwell

Umur         :  30 Tahun

Ahli            : 2023

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Encik Maxwell berasal dari Kg Tagaroh, dan merupakan alumni UiTM. Selepas menamatkan pengajian, beliau mengambil keputusan untuk bekerja dalam bidang reka bentuk grafik di sebuah syarikat percetakan kecil. Di sini, beliau belajar banyak tentang proses percetakan. Kemudian beliau memulakan perniagaan menjual baju cetak secara online dengan visi untuk menawarkan pakaian yang unik dan berkualiti tinggi kepada pelanggan. Beliau aktif mengikuti program-program usahawan dalam meningkatkan kemahiran dan mempromosikan jualan beliau.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan NADI, perniagaan beliau hanya menjalankan aktiviti perniagaan menjual di kedai beliau dan menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan tetap. Pendapatan kasar adalah sekitar RM 200 semasa di awal perniagaan dijalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui penglibatan kelas-kelas usahawan seperti yang dianjurkan oleh NADI, kini perniagaan beliau mula dipasarkan diatas talian menerusi facebook , Instagram dan whatsapp business. Hasilnya Pendapatan telah meningkat di sekitar RM 1000 – RM 2000. Beliau aktif meluangkan masa untuk belajar tentang pemasaran digital dan e-dagang melalui kelas-kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh NADI. Pengetahuan ini membantu beliau dalam mengembangkan perniagaan secara dalam talian dan mencapai lebih banyak pelanggan. Kini perniagaan beliau lebih dikenali dan mendapat sambutan yang baik dan juga menerima tempahan baju dari luar daerah.