Tarikh : 24 September 2023 Masa : 9:00 Am – 11:00 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Program Stem IoT ini telah diadakan di PEDi Simpang Tiga untuk menarik minat para pelajar sekolah Menengah. Aktiviti ini dapat memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai sains dan teknologi yang perlu dikuasai oleh mereka. Oleh itu, aktiviti stem iaitu menghasilkan objek mengikut bentuk segi ini dapat membantu para pelajar bagi mencipta satu objek yang kukuh dengan menggunakan sabun beku.
Aktiviti
Petugas memulakan sesi penerangan mengenai pelbagai corak dengan menggunakan sabun beku sahaja. Seterusnya, para pelajar boleh mula untuk menghasilkan beberapa jenis bentuk dengan menggunakan sabun beku yang telah disediakan Sepanjang aktiviti itu berlangsung, petugas akan memastikan para pelajar dapat mengikuti tentang aktiviti yang dijalankan dan turut membantu mereka bagi menyiapkan tugasan yang diberi.