mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti September 2022 – Kelas ICT Pengenalan Asas komputer & membuka Akaun Gmail

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT asas pengenalan komputer dan membuka akaun gmail ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada peserta sekaligus memperkenalkan mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Email merupakan satu bentuk alat elektronik digunakan untuk menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Para peserta juga akan dapat mengetahui fungsi email dan kepentingan penggunaan email pada masa kini. Tujuan kelas ICT ini juga adalah meningkatkan pengetahuan peserta tentang ICT dan penggunaan email yang betul. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu mewujudkan masyarakat digital dalam mengikut peredaran masa. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan penerangan tentang Pengenalan Asas komputer dan fungsi-fungsi serta kepentingan penggunaan email kepada para peserta kemudian petugas memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuka akaun email Gmail sendiri. Kemudian para peserta mengisi maklumat penting dalam akaun mereka. Selain itu, petugas juga memberi perkongsian mengenai keselamatan password yang mereka boleh guna seterusnya Klik dengan Bijak dapat disampaikan kepada peserta secara langsung. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh pengguna yang datang di PEDi.

GAMBAR DISINI