arikh : 11 September 2022 Masa : 8.30 Am- 1.00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi kemahiran dan latihan kepada peserta berasaskan bakat iaitu dalam bidang pengacaraan dan pengucapan spontan. Bengkel ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para peserta untuk mempunyai keberanian dan keyakinan diri untuk bersuara atau bercakap secara rasmi atau tidak rasmi dihadapan orang ramai atau dalam majlis-majlis tertentu. Bengkel ini juga bertujuan untuk menambah keahlian baru PEDi dan mempromosikan lagi kewujudan dan fungsi PEDi kepada sekitar masyarakat.
Aktiviti
Penceramah Undangan untuk bengkel ini ialah YBhg. Datuk Jasni Matlani merupan Presiden Bahasa/ Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia. Bengkel ini dibawah bimbingan Encik Jasni Yakub selaku pengasas JY Skills Talents & Management yang mana sudah berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang pengacaraan dan merupakan seorang aktivis seni dan penulisan kreatif di negeri Sabah. Sepanjang bengkel ini dijalankan, petugas turut mengambil kesempatan dalam memberi sedikit penerangan tentang fungsi PEDi kepada peserta.