Tarikh : 14 Sept 2024 Masa : 02:00 Pm – 04:30 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas keusahawanan iaitu kelas membuat logo produk ini bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana menghasilkan sebuah logo yang menarik bagi kegunaan produk dan perkhidmatan mereka. Tambahan pula, kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap pekerjaan mereka serta dapat menimba ilmu tentang penggunaan ICT.
Aktiviti
Sesi akan dimulakan dengan pengenalan singkat tentang Canva sebagai platform reka bentuk grafik yang mudah digunakan, sesuai untuk pelajar menghasilkan pelbagai projek kreatif. Seterusnya, petugas NADI akan mengajar cara membuat akaun Canva menggunakan email mereka. Selepas itu, pelajar akan dibimbing langkah demi langkah untuk membuat logo asas menggunakan alat-alat yang disediakan dalam Canva. Fokus juga akan diberikan kepada pemilihan warna yang sesuai dan selaras dengan tema logo yang dihasilkan, dengan penekanan kepada teori warna asas. Akhirnya, pelajar akan diberi peluang untuk mencipta logo mereka sendiri dengan bimbingan petugas NADI.