Tarikh : 05 Oktober 2023 Masa : 10.00Am – 12.00Pm Lokasi : SMK BANDAU, Kota Marudu Peserta : 100 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan di SMK Bandau, Kota Marudu dengan disertai oleh pelajar sekolah menengah bersama Kluster PEDi Kg Tandek, PEDi Kg Tingkalanon, PEDi Kg Ranau dan PEDi Simpang Tiga Langkon dengan anjuran Pasukan Pelindungan & Kebajikan Kanak-Kanak Kota Marudu kerjasama Bahagian Kanak-Kanak dan Printah Khidmat Masyarakat Pejabat Kebajikan Kudat. Setiap PEDi telah memberikan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak Grooming Siber kepada pelajar sekolah di SMK Bandau. Program advokasi ini dapat membantu membanteras jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran awal terhadap kanak-kanak tentang kesan-kesan Jenayah seksual dalam talian.
Aktiviti
Para petugas yang hadir memberikan taklimat secara terperinci mengenai Klik dengan bijak iaitu grooming siber kepada para pelajar dan mengadakan kuiz Klik dengan bijak. Selain itu, para pelajar juga diberikan penerangan dengan adanya slide pembentangan daripada pihak PEDi untuk memastikan para pelajar lebih memahami mengenai isu terkini terutamanya berkenaan dengan membanteras jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak. Selepas itu, aktiviti kuiz KDB turut dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar akan penggunaan internet dan jenayah seksual dalam talian. Secara keseluruhannya, program ini sangat penting diadakan agar para pelajar lebih berhati-hati dan mendapat kesedaran awal dalam membanteras jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak.