mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Oktober 2023 – Pemasaran Digital OHSEM

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Pemasaran Digital OHSEM dijalankan secara dalam talian zoom meeting dimana peserta dari PEDi lain juga menyertai program ini. Pemasaran Digital OHSEM ini dijalankan kepada usahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan tentang kepelbagaian teknologi dan solusi pemasaran yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam perniagaan mereka.Selain itu, Pemasaran Digital OHSEM merupakan satu platform untuk mencapai audiens di Facebook, Instagram dan Tiktok. Seterusnya, seminar ini memberi pencerahan mengenai cara-cara untuk meningkatkan brand perniagaan ke tahap yang lebih tinggi melalui penyelesaian pemasaran digital dipacu data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa yang bertujuan untuk memenangi hati pengguna.

Aktiviti

Para usahawan yang hadir ke PEDi di PEDi simpang tiga langkon mengambil peluang untuk mengikuti program pemasaran digital ohsem yang dijalankan secara atas talian. Petugas juga telah menyediakan tempat untuk para usahawan yang menggunakan komputer bagi menghadiri program pemasaran digital. Seterusnya, En Ashran Ghazi merupakan ketua pegawai eksekutif dattle asia group akan menyampaikan taklimat beliau mengenai cara pemasaran digital yang berkesan untuk para usahawan dalam meningkatkan lagi perniagaan mereka. Terdapat tips yang diberikan oleh beliau dalam membuat pengiklanan secara digital dengan menggunakan platform seperti facebook, instagram dan tiktok. Para peserta yang menghadiri kelas ini juga turut mendapat 100 Ad kredit daripada CEO dattle Asia Group. 

GAMBAR DISINI