mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Oktober 2023 – E-Learning ‘Word Search’ dalam kalangan Pelajar Sekolah Rendah

 

 

 

 

 

 

Tujuan

E-learning ‘Word Search’ ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran berfikir para pelajar dan fokus untuk menyelesaikan masalah. E-Learning ini dapat meransang otak para pelajar, melatih kesabaran dan ketabahan serta meningkatkan pengetahuan tentang pelbagai perkataan. Selain itu, E-learning ‘word search’ ini ada bertujuan untuk mengajar para pelajar sentiasa fokus dan menggunakan kemahiran berfikir untuk mendapatkan jawapan. 

Aktiviti

Aktiviti E-learning ‘word search’ ini diadakan di PEDi Simpang Tiga Langkon. permainan carian perkataan atau lebih dikenali ‘word search’ adalah permainan teka-teki yang terdiri huruf-huruf yang disusun dalam grid yang mengandungi beberapa perkataan tersembunyi dan ditulis dalam arah tertentu. permainan ini sangat popular dan digemari terutama dalam kalangan kanak-kanak. Sepanjang aktiviti E-learning ini berlansung, para pelajar sangat fokus mencari jawapan bagi setiap perkataan yang tersembunyi. 

GAMBAR DISINI