Tarikh : 21 Oktober 2023 Masa : 8:00 Am – 10:00 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran menulis surat dalam bentuk digital menggunakan microsoft word 2021 kepada pelajar sekolah. Aktiviti ini juga adalah untuk memberi latihan dan pendedahan kepada mereka cara-cara untuk membuat surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan ms word 2021. Disamping itu aktiviti ini adalah untuk menyampaikan betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya adalah untuk mendekatkan mereka dengan PEDi Simpang Tiga Langkon.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan komponen yang terdapat didalam ms word 2021 dan seterusnya memberi mereka format tentang cara-cara untuk menaip atau membuat surat kiriman tidak rasmi. Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan penggunaan ms word 2021 dan dapat belajar untuk membuat surat tidak rasmi.