mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Oktober 2022 – Lawatan Sabah Creative Economy and Innovation Center (SCENIC) di PEDi Simpang Tiga Langkon

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Encik Fazlan merupakan salah seorang Lead Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah ( SCENIC) telah membuat lawatan di PEDi Simpang Tiga Langkon. Petugas memberi taklimat tentang objektif dan fungsi penubuhan PEDi dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PEDi Simpang Tiga Langkon. Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC) merupakan inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI). Inisiatif ini telah diluluskan oleh kabinet Sabah pada Ogos 2019 dan ia bertujuan untuk mempercepatkan industri di Sabah melalui keusahawanan, teknologi, inovasi dan kreativiti. Encik Fazlan berkerjasama dengan PEDi Simpang Tiga Langkon untuk membantu dan membimbing usahawan-usahawan yang ada disekitar Kota Marudu. 

 

Aktiviti

Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi sabah mempunyai objektif yang sama dengan PEDi iaitu membantu dan membimbing usahawan-usahawan tempatan sabah kearah digital. Oleh itu, kerjasama ini amat diperlukan untuk membimbing lebih ramai ushawan yang ada dikawasan luar bandar dalam meningkatkan ekonomi mereka. Sepanjang perbincangan dijalankan, petugas juga memberi sedikit taklimat tentang kelas-kelas usahawan yang dilaksanakan di PEDi. 

GAMBAR DISINI