Tarikh : 14 Oktober 2022 Masa : 9:00 Am – 11:00 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan am kepada pelajar sekolah rendah tentang panduan keselamatan ketika melayari internet. Selain itu, aktiviti ini dapat membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitik beratkan kawal sedia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain.
Aktiviti
Pelajar yang hadir ke PEDi Simpang Tiga Langkon diberikan sedikit penerangan tentang panduan keselamatan melayari internet. Selain itu, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Di samping itu, petugas juga akan memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung yang berada di PEDi Simpang Tiga Langkon.