mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Okt 2024 – STEM – Minecarft Programming Menggunakan Laman Web Code.org

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan belajar asas pemrograman menggunakan laman web Code.org untuk pelajar sekolah rendah adalah untuk memperkenalkan mereka kepada konsep pemikiran komputer dan logik dalam cara yang menyeronokkan dan interaktif. Melalui aktiviti yang gamifikasi, pelajar dapat belajar menyelesaikan masalah, mengembangkan kemahiran kreativiti, dan berkolaborasi dengan rakan sekelas. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang kukuh dalam pemrograman yang dapat membantu pelajar bersedia menghadapi cabaran digital di masa depan.

Aktiviti

Sesi pembelajaran akan dimulakan dengan memperkenalkan laman web Code.org kepada pelajar, di mana mereka akan dibimbing untuk memilih permainan Minecraft sebagai projek pengaturcaraan. Pelajar akan diajar cara menggunakan kod programming yang mudah untuk membina permainan tersebut, dengan menekankan konsep asas pengaturcaraan seperti arahan dan logik. Selain itu, pelajar akan diajar untuk memeriksa kod sebenar di bahagian “Details” untuk memahami bagaimana kod tersebut berfungsi dan mengenal pasti sintaks yang betul. Aktiviti praktikal akan dijalankan di mana pelajar akan menyelesaikan pengaturcaraan permainan tersebut dengan bimbingan guru sepanjang proses. Akhir sekali, pelajar akan diberi e-sijil yang menyatakan bahawa mereka telah selesai menyertai permainan pengaturcaraan tersebut.

GAMBAR DISINI