Tarikh : 07 Ogos 2024 Masa : 09:00 Am – 11:30 Am Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan mengajar dan membimbing para usahawan mengenai aplikasi canva. Kelas ini akan mengajar usahawan bagaimana untuk menggunakan aplikasi canva untuk mempromosi produk mereka menerusi platform canva. Contohnya, membuat poster produk dan membuat video promosi produk mereka.
Aktiviti
Petugas memberi penjelasan pengenalan mengenai Canva kepada usahawan serta kegunaan canva. Seterusnya, petugas tunjukkan cara untuk membuat akaun canva dan menerangkan antara muka Canva dan fungsi utama seperti template, elemen, dan teks. Selain itu, petugas juga mengajar usahawan untuk membuat reka bentuk asas seperti poster atau kad. Kemudian, para peserta diberikan masa untuk mencipta reka bentuk mereka sendiri. Kelas diakhiri dengan sesi soal jawap dan penilaian hasil mereka.