Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos 2024 – Kelas ICT – Buat Bendera Sabah dan Malaysia Menggunakan MS Power Point

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan buat kelas membuat bendera Sabah dan Malaysia dalam MS PowerPoint adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada asas reka bentuk grafik digital sambil memupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara. Kelas ini juga membantu pelajar memahami simbolisme dan elemen yang terkandung dalam bendera melalui proses kreatif. Di samping itu, ia mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan MS PowerPoint secara inovatif, melangkaui fungsinya sebagai alat persembahan biasa. Akhir sekali, ia menggalakkan kerjasama dan semangat kebangsaan di kalangan pelajar semasa mereka berkongsi hasil kerja mereka.

Aktiviti

Petugas NADI memperkenalkan alat-alat asas dalam PowerPoint, seperti bentuk-bentuk (shapes) dan garis (lines) yang akan digunakan. Seterusnya, pelajar diajar cara melakar bentuk asas bendera, seperti segi empat tepat untuk latar belakang, dan bagaimana mengubah saiz serta warna untuk menghasilkan elemen bendera yang tepat. Kemudian, petugas akan menunjukkan langkah demi langkah untuk membuat bintang dan bulan pada bendera Malaysia serta lambang gunung pada bendera Sabah menggunakan kombinasi bentuk yang tersedia. Setelah itu, mereka juga ajar cara menyusun dan melaraskan elemen-elemen ini untuk mencipta bendera yang seimbang dan tepat. Akhir sekali, petugas NADI memberikan tugasan kepada pelajar untuk membuat bendera Sabah dan Malaysia berdasarkan teknik-teknik yang telah mereka pelajari.

GAMBAR DISINI