Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos 2024 – E-pembelajaran Sejarah mengenai Hari Sabah dan Hari Malaysia

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Petugas NADI memberi pendedahan mengenai Hari Sabah dan Hari Malaysia yang akan di sambut pada 31 Ogos dan 16 September 2024 ini kepada pelajar sekolah rendah. Para pelajar melihat video-video tentang sejarah dan akan membuat bendera Sabah dan Malaysia menggunakan Ms Power Point. Hari Sabah sama penting dengan Hari Kebangsaan. Semangat kedua-duanya perlu kita ambil dalam mempelajari dan memahami ilmu sejarah. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat patriotik dan menyemai perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar sekolah.

Aktiviti

Petugas NADI menayangkan video sejarah yang ringkas tetapi padat mengenai penubuhan Hari Sabah dan pembentukan Malaysia, untuk memberi gambaran visual yang jelas kepada pelajar. Video tersebut akan menerangkan peristiwa penting seperti kemerdekaan Sabah dan penggabungannya dengan Malaysia pada 16 September 1963. Selepas video, petugas akan membincangkan fakta-fakta utama yang diperoleh daripada tayangan tersebut, sambil memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan. Akhir sekali, pelajar akan menjalani kuiz interaktif untuk menguji pemahaman mereka tentang sejarah ini. 

GAMBAR DISINI