Tarikh : 13 Ogos 2022 Masa : 9.30 Am – 12.30 Pm Lokasi : Menggunakan Aplikasi Webex Peserta : Terbuka |
Tujuan
Program perkongsian bersama Belia dan Komuniti merupakan kolaborasi di antara MCMC dan Universiti Malaysia Sabah. Setiap komuniti PEDi dari kalangan belia digalakkan untuk menyertai secara online menggunakan Webex. Antara para penceramah untuk program ini adalah Prof. Dr Ag. Asri bin Ag. Ibrahim dan Dr. Farah wakil UMS manakala Puan Fuaziente binti Abd Rahman wakil MCMC. Program ini bertujuan memberi maklumat kepada belia dan komuniti bagaimana Teknologi Internet membantu mencari pekerjaan. Selain itu, komuniti juga akan mengetahui hak dan tanggungjawab belia sebagi warga digital.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan menggunakan aplikasi Webex secara atas talian, setiap PEDi perlu menghantar wakil komuniti belia sebagai peserta program. Sesi taklimat daripada setiap penceramah dan sesi soalan kuiz MyCyberGenius juga turut dibuat. Peserta yang berjaya menjawab kuiz dengan pantas dan betul akan mendapat hadiah.