Tarikh : 05 Ogos 2022 Masa : 2.30 Pm – 4.30 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan ini dijalankan untuk membantu usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan pelbagai Perisian seperti Canva https://www.canva.com/. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para usahawan PEDi Simpang Tiga Langkon yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana hendak menghasilkan sebuah logo yang menarik untuk kegunaan produk dan perkhidmatan mereka.
Aktiviti
Kelas membuat logo dan stiker ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian Canva daripada petugas PEDi Simpang Tiga Langkon . Disini para peserta diajar secara asas bagaimana hendak mencipta sebuah logo dan stiker.