mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2024 – Program Membanteras Jenayah Seksual Anjuran Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kota Marudu

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini diadakan di SMK Kota Marudu II, Kota Marudu yang dianjurkan oleh Pasukan Pelindung & Kebajikan Kanak-Kanak Kota Marudu dengan kerjasama Bahagian Kanak-Kanak dan Printah Khidmat Masyarakat Pejabat Kebajikan Kudat. Pelajar sekolah menengah Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 bersama kluster PEDi Kota Marudu menyertainya. NADI Kluster Kota Marudu telah mengadakan taklimat mengenai NADI S.A.F.E dan Klik Dengan Bijak kepada pelajar. Selain itu, agensi jabatan lain juga hadir untuk mengisi slot perkongsian bersama pelajar mengenai subjek yang menarik.

Aktiviti

Petugas yang hadir menyampaikan taklimat terperinci tentang KDB iaitu NADI S.A.F.E, kepada pelajar dan mengadakan kuiz KDB. Selain itu, slide pembentangan daripada NADI juga ditunjukkan kepada pelajar untuk memastikan pelajar lebih memahami mengenai isu terkini. Secara keseluruhannya, program taklimat ini amat baik diadakan agar para pelajar lebih berhati-hati dalam membanteras jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak.

GAMBAR DISINI