Tarikh : 04 November 2023 Masa : 8.00 Am – 1:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 62 Orang |
Tujuan
Program Mini Hari Bersama Komuniti ini diadakan di PEDi Simpang Tiga Langkon bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Simpang Tiga Langkon serta untuk membina hubungan yang baik di antara komuniti setempat dengan petugas PEDi Simpang Tiga Langkon. Selain itu, tujuan program ini dijalankan bagi meningkatkan bilangan keahlian baru PEDi Simpang Tiga Langkon dan menjadikan PEDi sebagai pusat tumpuan ICT. Oleh demikian, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari program berlangsung bersama warga komuniti.
Aktiviti
Aktiviti hari bersama komuniti dimulakan dengan pengenalan PEDi kepada komuniti setempat dan pendaftaran ahli baru juga diadakan bagi mereka yang belum menjadi ahli PEDi Simpang Tiga Langkon. Seramai 20 orang ahli baru yang mendaftar di PEDi Simpang Tiga Langkon. Selain itu, saringan kesihatan dan kecergasan turut dijalankan pada hari tersebut yang dikendalikan oleh klinik kesihatan Langkon.Terdapat jualan usahawan yang hadir pada hari bersama komuniti dan pameran juga diadakan daripada Pejabat Kesihatan Kota Marudu serta orang ramai juga boleh membuat pemeriksaan secara percuma dari Klinik Kesihatan Langkon Kota Marudu.