Tarikh : 03 November 2023 Masa : 8:00 Am – 10:00 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menyambut Mini hari bersama komuniti PEDi Simpang Tiga Langkon untuk mempromosikan perkhidmatan PEDi kepada pihak sekolah dan komuniti setempat. Selain itu, Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar dari kawasan pendalaman berkaitan dengan penggunaan komputer serta fungsi disetiap komponen yang ada dalam komputer. Kelas ICT ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dan pengetahuan pelajar tentang penggunaan komputer dalam melakukan tugasan serta melayari internet.
Aktiviti
Para peserta diberikan penerangan mengenai asas pengenalan komputer secara terperinci serta pengenalan kepada komponen yang ada dalam komputer. Aktiviti ini dapat membantu peserta yang tidak mempunyai asas mengenai komputer. Seramai 10 Org pelajar dari Sk Lampada dan 2 orang guru pengiring yang mengikuti aktiviti ini.