mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2023 – Membuat Resume Menggunakan Microsoft Word

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti membuat resume ini bertujuan untuk membantu para ahli PEDi Simpang Tiga Langkon yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam tutorial membuat resume ini. Selain itu, peserta yang mengikuti latihan ini juga turut dapat mengetahui bagaimana cara untuk membuat resume yang betul dan lengkap untuk memudahkan mereka dalam memohon pekerjaan di masa akan datang. Aktiviti ini bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan soft skill dalam penggunaan komputer. Sekaligus dapat menjadikan PEDi sebagai one-stop center untuk meningkatkan kemahiran ICT dan soft skill mereka. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan mengenai Microsoft Word yang mudah untuk digunakan bagi menghasilkan resume yang ringkas. Seterusnya, para peserta dapat menyiapkan resume mereka dan petugas juga menerangkan tentang kepentingan cover letter yang perlu ada pada resume mereka. Sepanjang tutorial ini berlangsung, petugas telah membantu para peserta untuk memastikan setiap komponen penting ada dalam resume mereka.

Gambar Disini