Tarikh : 07 November 2023 Masa : 9:00 Am -11:00 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memupuk kreativiti dan idea para peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah. Selain itu, para peserta perlu menghasilkan paper flower magical yang berpandukan tutorial dari Youtube. Aktiviti STEM ini sangat menarik untuk pelajar sekolah di mana kertas yang digunakan ini akan menyerap air dengan cepat dan bunga akan mekar. Aktiviti ini juga dapat menjadikan pelajar lebih kreatif.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai cara untuk menghasilkan magical paper blooming. Seterusnya, para peserta mula membuat tugasan yang diberikan dengan menonton youtube sebagai panduan mereka. Di samping itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menghasilkan bunga kertas dengan hanya menggunakan kertas A4 sahaja.