Tarikh : 03 November 2023 Masa : 1.00Pm – 2.00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 20 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli PEDi Simpang Tiga Langkon terutamanya golongan pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini juga bertujuan menarik minat para pelajar bagi mengikuti pertandingan dan aktiviti yang diadakan di PEDi. Selain itu, dapat mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran mewarna dalam kalangan pelajar. Di samping itu, ibu bapa juga amat menggalakkan anak mereka untuk mengikuti aktiviti seperti mewarna dan kuiz KDB yang dianjurkan oleh PEDi Simpang Tiga Langkon bagi mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.
Aktiviti
Petugas telah menyediakan kertas lukisan untuk diwarnakan oleh para pelajar. Seterusnya, para pelajar diberikan masa 1 jam untuk menyiapkan tugasan mewarna mengikut kreativiti masing-masing. Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas juga telah memastikan para pelajar dapat manfaat daripada aktiviti ini seperti, mereka dapat mengenal warna dengan lebih jelas dan kreatif dalam memilih warna yang sesuai. Pertandingan mewarna ini diadakan dua kategori umur iaitu kanak-kanak yang berumur 6 Tahun hingga 8 Tahun dan kategori 2 dari 9 Tahun hingga 12 Tahun.