Tarikh : 23 November 2022 Masa : 9.00 Am- 12.00 Pm Lokasi : SK Sikuati Peserta : 181 Orang |
Tujuan
Program Advokasi Klik Dengan Bijak (Click Wisely) adalah sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet. Ceramah Advokasi KDB yang dijalankan bersama pelajar tahap 2 dan guru-guru SK Sikuati merupakan kerjasama dengan Kluster PEDi Kota Marudu. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika dalam kalangan pelajar. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran Internet yang selamat dan meggembirakan buat semua orang .Selain itu, program ini juga dapat memberi kesedaran betapa penting mengamalkan konsep KDB ketika melayari internet.
Aktiviti
Para pelajar diberi taklimat secara terperinci tentang program Klik Dengan Bijak yang dijalankan. Antara topik yang dipelajari buli siber, perkongsian secara berlebihan, sexting dan pengantunan dalam talian. Sesi soal jawab turut dibuat, pelajar yang dapat menjawab akan mendapat hadiah. Secara keseluruhannya, program KDB ini mendapat sambutan yang baik daripada pihak guru dan juga para pelajar yang terlibat.