Tarikh : 07 November 2022 Masa : 9:00 Am – 12.30 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 10 Orang |
Kelas keusahawanan iaitu kelas asas fotografi dengan mengguna telefon pintar dianjurkan oleh petugas PEDi dan bekerjasama dengan usahawan Corn Husk Craf Maker. Tujuan kelas ini diadakan adalah membantu para usahawan mengenali dan mempelajari cara-cara mengambil gambar produk dengan teknik asas fotograpi dengan menggunakan smartphone. Selain itu, para usahawan juga diajar cara-cara untuk menyunting imej dengan menggunakan telefon pintar mereka. Corn Husk Craf Maker adalah usahawan-usahawan yang menghasilkan kraftangan dari kulit jagung di daerah Kota Marudu.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan sesi pengenalan daripada petugas PEDi Simpang Tiga Langkon. Petugas menerangkan teknik-teknik fotografi dan suntingan imej kepada para usahawan. Latihan secara praktikal menggunakan peralatan asas untuk mengambil gambar dengan menggunakan latar putih. Semasa kelas ini berlansung, petugas memastikan para usahawan yang menyertai kelas ini mengikuti SOP yang telah ditetapkan.