Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Mei 2024 – Kelas ICT Asas Microsoft Publisher untuk Pelajar Sekolah Menengah

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT asas Microsoft Publisher untuk pelajar sekolah menengah ini bertujuan untuk mengajar dan membimbing pelajar dalam cara-cara untuk membuat sebuah risalah sempena bulan Kaamatan yang sinonimnya berlansung di negeri Sabah. Para pelajar juga dapat menerapkan dan menggunakan teknik-teknik yang telah di pelajari untuk membuat risalah untuk apa jua aktiviti yang akan datang. 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan teori kepada pelajar mengenai MS Publisher dan mengajar teknik-teknik dalam membuat risalah menggunakan MS Publisher. Petugas juga menunjukkan satu demo dalam menghasilkan risalah menggunakan MS Publisher dan memberikan tugasan kepada para pelajar untuk membuat satu risalah mengikut tema yang telah diberikan. Diharapkan dengan adanya kelas sebegini dapat membantu para pelajar dalam meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam bidang IT. Selain itu, para pelajar dapat menggunakan kemahiran yang baru ini dalam membuat risalah yang dapat membantu komuniti setempat.

GAMBAR DISINI