Tarikh : 21 Mei 2024 Masa : 02.30 Pm – 04.30 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 4 Orang |
Aktiviti STEM membina struktur binaan menggunakan tanah liat dan lidi bertujuan memupuk kerjasama antara ahli dalam pasukan bagi membina sebuah binaan atau bangunan yang stabil hanya dengan menggunakan 2 bahan sahaja. Antara objektif aktiviti STEM ini adalah seperti mengenali bentuk, warna dan tekstur tanah liat (Sains), menghasilkan binaan bangunan menggunakan tanah liat dan lidi (Teknologi), membentuk binaan yang kukuh (Engineering) dan mengira bilangan lidi dan tanah liat (Matematik).
Aktiviti
Petugas memaparkan video demo membuat struktur binaan menggunakan lidi dan tanah liat, kemudian menerangkan aplikasi STEM yang digunakan dalam aktiviti ini. Petugas memberikan tugasan aktiviti membina struktur binaan mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini diharapkan dapat memupuk semangat bekerjasama antara ahli dan membina daya saing yang positif dalam kalangan pelajar. Selain itu, pelajar juga dapat mengembangkan imaginasi mereka melalui rekaan yang mereka bina.