Tarikh : 20 Mei 2024 Masa : 09.30 Am – 11.30 Am Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 4 Orang |
Aktiviti advokasi oversharing bertujuan menerangkan apa itu oversharing dan keburukan oversharing dan akibat daripada melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti ini juga mengajar pelajar untuk lebih berhati-hati dalam memberi maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara fizikal ataupun alam maya. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat menggelakkan pelajar daripada bahaya seperti buli siber, penipuan, pencurian identiti dan pembobolan kata laluan.
Aktiviti
Petugas menerangkan dan mendedahkan mengenai advokasi diri. Petugas mengajar mengenai oversharing dikalangan remaja dalam laman sosial. Petugas memaparkan video mengenai oversharing dan memberikan tugasan kuiz kepada pelajar. Diharapkan adanya aktiviti ini dapat membuka pandangan pelajar lebih luas mengenai keselamatan mereka ketika memuat naik sebarang maklumat di dalam talian.