Tarikh : 09 Mei 2023 Masa : 2.00Pm – 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 18 Peserta |
Tujuan
Aktiviti keusahawanan iaitu kelas masakan Viral Siri II yang dilaksanakan di PEDi Kg Ranau dengan peserta seramai 18 orang. Kelas Masakan ini bertujuan untuk memberi latihan dan berkongsi kemahiran kepada komuniti setempat khususnya para golongan wanita yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan dalam bidang perniagaan. Kelas ini dapat membantu para golongan wanita untuk mempelajari bidang masakan khususnya membuat kuih.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan sesi pengenalan dan penerangan tentang aktiviti yang dilakukan pada waktu itu iaitu membuat kuih tradisional. Tenaga pengajar iaitu Pn. Kristany mengetuai kelas pada waktu itu. Semua peserta diberi penerangan dan praktikal cara-cara membuat kuih tradisional. Selain itu, Para peserta juga diajar menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih viral tersebut. Selepas Kelas ini aktiviti ini selesai, Para peserta mendengar perkongsian dari tenaga pengajar iaitu Pn. Kristany tentang perjalan beliau menjadi seorang usahawan yang bermula dari bawah sehingga menjadi usahawan yang berjaya serta menjadi Tenaga pengajar masakan yang berjaya. Hal ini akan membangkitkan semangat para golongan wanita yang hadir agar berusaha untuk meningkatkan keadaan ekonomi mereka.