Tarikh : 17 Mei 2023 Masa : 9.00Am – 3.00Pm Lokasi : Tapak Tamu Dewan Kota Marudu Peserta : 22 Peserta |
Tujuan
Sempena menyambut perayaan Pesta Kaamatan Kota Marudu tahun 2023, Pihak pengurusan Majlis Daerah memberi peluang para usahawan dan juga Agensi untuk membuat pameran. Petugas PEDi Kluster Kota Marudu telah mengambil peluang ini untuk memperkenalkan objektif penubuhan PEDi serta mempromosikan penggunaan PEDi kepada komuniti setempat. Selain itu, adanya program seperti ini ianya dapat meningkatkan Ahli PEDi sekaligus dapat menyebarkan manfaat kebaikan dan objektif utama penubuhan PEDi kepada komuniti khususnya para usahawan serta pelajar yang ingin mneingkatkan kemahiran ICT serta E-dagang untuk usahawan memperluaskan perniagaan mereka secara dalam talian. Petugas PEDi telah memberi sedikit penerangan kepada komunti yang berkunjung di booth PEDi untuk menjelaskan aktiviti yang dapat dilakukan dan perkhidmatan yang ada di setiap PEDi di kawasan Kota Marudu. Seterusnya, tujuan petugas PEDi untuk mengikuti pameran ini adalah untuk menjadikan PEDi sebagai one-stop center kepada komuniti untuk membantu mereka mendapatkan rangkaian internet yang baik serta meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang ICT.
Aktiviti
Petugas Kluster Kota Marudu membuat pameran untuk mempromosikan Pusat Ekonomi Digital kepada komuniti setempat dimana para petugas menerangkan perkhidmatan serta objektif penubuhan PEDi kepada komuniti. selain itu, Petugas juga memberi brochure kepada pengunjung-pengunjung yang ada di situ. Seterusnya, petugas juga berkesempatan melawat booth-booth usahawan sambil memperkenalkan PEDi kepada mereka dan dapat menjadikan mereka sebagai salah satu usahawan PEDi dan mengajar mereka menggunakan perniagaan secara digital seperti Tiktok, Shopee dan Facebook.