Tarikh : 5 Mei 2023 Masa : 2.00 Pm – 4:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran cara-cara menaip menggunakan papan kekunci kepada ahli baru PEDi dengan cara yang betul. Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan papan kekunci melalui laman web www.typingclub.com. Disamping itu aktiviti ini adalah untuk menyampaikan betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya adalah untuk menjadikan PEDi sebagai one-stop center untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran dalam ICT.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penayangan video Introduction to Typing kepada peserta dan seterusnya petugas PEDi memberi penerangan ringkas mengenai video tersebut. Selepas itu, peserta akan mengikuti latihan yang diberikan cara-cara mengunakan papan kekunci dengan cara yang betul .Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan cara penggunaan papan kekunci dan kemahiran menaip dengan betul.