mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Mei 2023 – Kelas ICT – Pengenalan Microsoft office (Word) Kepada Ahli Baru PEDi

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Microsoft Word Level 1 bersama pelajar sekolah rendah dan ahli baru PEDi  ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran mengenai Microsoft Office Word 2021. Selain itu, objektif kelas ini juga dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar yang menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan kertas kerja.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan mengenai komponen Microsoft word serta fungsi yang terdapat di dalam Ms Word 2021. Selain itu, petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam Ms Word 2021. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas seperti ini. Sepanjang kelas ini berlangsung, para pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang Ms Word 2021 yang membantu memberi pendedahan awal kepada para pelajar sekolah rendah tentang penggunaan ICT.

GAMBAR DISINI