Tarikh : 12 Mei 2022 Masa : 10.00Am- 11.30Am Lokasi : Pejabat Pengurusan SK Langkon, Kota Marudu Sabah Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini merupakan sesi perjumpaan untuk melantik wakil Institusi Pendidikan untuk Panel Penasihat dan mempromosikan objektif penubuhan PEDi kepada pihak sekolah untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka. Tujuan lain ialah bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosiekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Aktiviti
Sesi perjumpaan dan kunjungan dimulai dengan memberi pengenalan PEDi dan kemudian sesi penerangan fungsi perlantikan Panel Nasihat untuk PEDi Simpang Tiga Langkon. Secara keseluruhannya, kunjungan dan sesi kerjasama ini mendapatkan sambutan yang baik daripada pihak sekolah terutama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rendah SK Langkon.