Tarikh : 16 Mei 2022 Masa : 3.00 Pm- 4.00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Kelas ICT Microsoft Word buat Surat Kiriman Rasmi bersama ahli PEDi Simpang Tiga Langkon dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word dan cara-cara membuat kiriman surat rasmi. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Bertujuan bagi memberi latihan yang lebih praktikal kepada peserta agar lebih memahami penggunaan Ms Word 2021.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali jenis-jenis surat kiriman rasmi. Petugas menyediakan nota latihan dan peserta meneruskan menaip surat kiriman rasmi menggunakan Ms Word . Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung , petugas memastikan SOP dipatuhi.