Tarikh : 08 Mac 2024 Masa : 2.00 Pm – 5:00 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 25 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan Kelas Asas E-Dagang Shopee bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan NADI mengenai Shopee. Kelas tersebut merupakan kelas bimbingan yang dikendalikan oleh Petugas NADI Simpang Tiga Langkon. Disamping itu, kelas ini juga boleh membantu usahawan-usahawan untuk meluaskan pasaran produk-produk mereka secara digital.
Aktiviti
Aktiviti ini dibahagikan kepada beberapa slot iaitu pengenalan kepada e-dagang iaitu tentang aplikasi shopee yang digunakan untuk membuka kedai online Shopee. Seterusnya,Petugas telah memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuka akaun shopee secara asas. Peserta juga diberi tunjuk ajar secara praktikal cara untuk mengupload produk dalam aplikasi shopee mereka. Tambahan pula, Latihan Keusahawanan ini dapat membantu memberikan peluang kepada para peserta yang ingin memulakan pernigaan mereka secara atas talian. Diakhir kelas, sesi soal jawab dan kuiz diadakan untuk memastikan para peserta lebih memahami tentang shopee yang merupakan asas e-dagang.