Tarikh : 08 Mac 2024 Masa :8.30 Am – 12.30 Pm Lokasi : NaDI Simpang Tiga Langkon Peserta : 25 Orang |
Tujuan
Kelas ini membantu para usahawan dalam memahami konsep dasar kecerdasan buatan (AI), termasuk jenis-jenisnya, bagaimana AI berfungsi, dan bagaimana ia dapat diterapkan dalam konteks perniagaan. Aplikasi ChatGPT dan Bing diajar sepanjang kelas ini. Contohnya, penggunaan AI dalam analisis data dan pengambilan keputusan boleh membantu meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan. Selain itu, aktiviti ini dapat menyampaikan pemahaman yang mendalam mengenai pentingnya kesedaran dalam menggunakan internet secara beretika dan efektif.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan Aplikasi ChatGPT dan Bing. Petugas NaDI Simpang Tiga Langkon memberi penerangan cara-cara menggunakan aplikasi ini. Sesi praktikal turut dibuat supaya para peserta dapat memahami asas teknologi kecerdasan buatan (AI) dan bagaimana ia boleh digunakan dalam konteks perniagaan. Ini termasuk konsep-konsep seperti pembelajaran mesin, pengaturcaraan dan teknik pengoptimuman.