Tarikh : 07 Mac 2024 Masa : 2.00 Pm- 5.00 Pm Lokasi : NaDI Simpang Tiga Langkon Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta membuat jadual kelas sekolah sempena tahun baru persekolahan menggunakan https://www.canva.com/ . Disamping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat mendekatkan ahli NaDI dengan NaDI Simpang Tiga Langkon.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Canva. Petugas NaDI Simpang Tiga Langkon memberi penerangan cara-cara membuat jadual kelas sekolah. Selain itu, Petugas sekaligus memberi tunjuk ajar cara menaip, membuat kotak jadual dan memasukan gambar. Peserta di berikan tugasan membuat jadual kelas sekolah mengikut hasil kreativiti mereka dan mencetak jadual tersebut dengan bantuan Petugas NaDI. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini.