Tarikh : 18 Mac 2024 Masa : 9:00 Am – 12:00 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM ini bertujuan untuk menarik minat peserta tentang apa itu STEM dan bagaimana cara melakukannya. Memberi pendedahan tentang pentingnya ilmu berkaitan STEM. Aktiviti STEM ini dihadiri oleh pelajar sekolah yang juga merupakan ahli NADI Simpang Tiga Langkon. Aktiviti Stem ini adalah tentang penghasilan Paper Rocket dengan hanya mengunakan bahan-bahan yang selamat dan mudah didapati.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai skop atau definisi STEM secara umum kepada pelajar kemudian para pelajar perlu mempelajari beberapa projek mini inovasi STEM yang terdapat pada laman youtube. Segala bahan yang digunakan telah disediakan. Selepas sesi penerangan, peserta mula membuat Paper Rocket dengan bantuan oleh petugas NaDI .Para peserta mencuba untuk melancarkan Paper Rocket yang dihasilkan. Pertandingan dijalankan untuk melihat Paper Rocket yang paling jauh berjaya dilancarkan.