mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Mac 2023 – Latihan Keusahawanan (Shopee Save Value)

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan Kelas Asas E-Dagang ini diadakan di PEDi Simpang Tiga Langkon dengan jumlah peserta seramai 4 Orang. Selain itu, Petugas dan Rakan Digital PEDi Kg Tingkalanon Tandek iaitu Puan Kelly bekerjasama untuk mengadakan Latihan keusahawanan iaitu kelas E-dagang Shopee save value untuk membantu para peserta lebih memahami mengenai asas E-dagang. Kelas asas Shopee save value ini juga bertujuan untuk membantu peserta lebih yakin membina kedai online menggunakan aplikasi shopee. 

Aktiviti

Aktiviti ini dibahagikan kepada beberapa slot iaitu pengenalan kepada e-dagang iaitu tentang aplikasi shopee yang digunakan untuk membuka kedai online Shopee. Seterusnya, Rakan Digital telah memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuka akaun shopee secara asas. Peserta juga diberi tunjukajar secara praktikal cara untuk mengupload produk dalam aplikasi shopee mereka. Tambahan pula, Latihan Keusahawanan ini dapat membantu memberikan peluang kepada para peserta yang ingin memulakan pernigaan mereka secara atas talian. Diakhir kelas, sesi soal jawab dan kuiz diadakan untuk memastikan para peserta lebih memahami tentang shopee save value yang merupakan asas e-dagang. Setiap peserta yang hadir berjaya mendaftar akaun shopee save value dan mendapat hadiah daripada petugas sebagai tanda penghargaan kerana mengikuti Latihan keusahawanan. 

GAMBAR DISINI