Tarikh : 16 Mac 2023 Masa : 9:30 Am- 10:30 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu pelajar Tadika dan pelajar Tahun 1 menggunakan aplikasi Microsoft Word dengan melukis nama mereka. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar agar lebih memahami cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, aktiviti seperti ini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat memberikan manfaat kepada pelajar sekolah. Seterusnya, Pelajar juga dapat menjadikan PEDi sebagai one-stop center untuk mendapatkan ilmu dan meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Petugas memberi penerangan dan panduan cara-cara melukis menggunakan perisian Microsoft Word. Selain itu, Petugas juga memberikan tunjuk ajar cara menaip, membuat lukiasan dan menggunak kompenen-kompenen yang ada dalam perisian microsoft word. Para pelajar di berikan tugasan untuk membuat lukisan nama mereka berdasarkan maklumat yang telah diajar kepada mereka. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini.