Tarikh : 18 Jun 2024 Masa : 02.00 Pm – 04.30 Pm Lokasi : Balairaya Kg. Surun-Surun Peserta : 30 Orang |
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti luar. Program ini dijalankan bersama pihak Jabatan Penerangan Kota Marudu. Program ini merapatkan jurang digital antara kumpulan komuniti, khususnya di kawasan luar bandar dan kawasan yang kurang liputan internet.
Aktiviti
Petugas NADI memberi penerangan kepada komuniti Kg Surun-Surun mengenai NADI dan memperkenalkan program yang dijalankan di NADI. Selain itu, para peserta juga diberi peluang untuk menjadi ahli NADI secara percuma semasa program dijalankan. Diharapkan program seperti ini dapat menjangkau komuniti untuk mengetahui keberadaan NADI dan kepentingan NADI kepada masyarakat setempat.