Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Jun 2024 – Kelas Keusahawanan Shopee Affiliate Bersama Rakan Digital

Tujuan kelas ini diadakan untuk membimbing para peserta atau usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi shopee bagi meningkatkan lagi pasaran perniagaan mereka.Latihan keusahawanan ini dapat membantu para peserta dengan lebih yakin untuk berniaga di shopee atau membina kedai secara atas talian. Oleh itu, para usahawan dapat menggunakan aplikasi shopee sebagai platform untuk memasarkan produk yang mereka jual sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada usahawan diluar bandar.

Aktiviti

Petugas NADI memberi penerangan kepada usahawan maksud shopee affiliate.Petugas juga mengajar cara mendaftar sebagai pengguna dan cara-cara untuk menggunakannya. Petugas juga mengajar teknik promosi produk untuk menarik minat pembeli. Selain itu, petugas juga menjelaskan kebaikan menjadi shopee affiliate ini. Diharapkan kelas ini dapat memupuk minat usahawan untuk menceburi bidang baru dan membuka peluang mencari pendapatan sampingan.

GAMBAR DISINI