Tarikh : 11 Jun 2024 Masa : 09.00 Am – 11.00 Am Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 4 Orang |
Kelas ini bertujuan untuk mengajar para pelajar mengenai subjek sejarah sekolah menengah. Kelas ini akan membantu pelajar untuk mengulang kaji semula mengenai topik yang telah mereka belajar di sekolah dan kelas ini juga akan dapat meningkatkan lagi prestasi akademik terutanya subjek sejarah.
Aktiviti
Petugas NADI menerangkan maksud kelas e-pembelajaran kepada pelajar dan seterusnya memaparkan video singkat mengenai topik-topik sejarah sekolah menengah tingkatan 2. Petugas NADI memberikan tugasan kuiz menggunakan quizizz kepada pelajar. Kuiz ini boleh diambil sebanyak yang boleh sehingga pelajar dapat menjawap semua soalan dengan betul dengan cara begini pelajar lebih mudah untuk ingat kata kunci bagi topik-topik sejarah.