mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Jun 2024 – Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber SK Langkon Anjuran Guru ICT dan Panitia Pendidikan Moral Bersama Kluster NADI Kota Marudu

Aktiviti ini bertujuan mendidik dan mengalakkan pengguna internet agar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dengan bijak, selamat dan bertanggungjawab. Klik dengan bijak berkaitan kod S.A.F.E iaitu kod tips penggunaan digital dengan bijak dan selamat. Keselamatan siber ialah satu tanggungjawab bersama yang memerlukan penglibatan aktif individu. Dengan mendidik diri kita dan mengamalkan amalan digital selamat, kita boleh mewujudkan budaya keselamatan siber yang berkembang. 

 

Aktiviti

Petugas NADI melakukan aktiviti ice breaking sebelum ceramah bermula. Petugas memaparkan video singkat pengenalan mengenai ICT. Petugas menyampaikan 2 topik ceramah mengenai keselamatan siber kepada pelajar. Selain itu, petugas NADI juga memberikan kuiz kepada pelajar serta ibubapa yang hadir ke program ceramah ini. Diharapkan dengan adanya program ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk lebih berhati-hati dalam melayari internet dan kepada ibu bapa untuk lebih peka dalam aktiviti anak dalam talian.

GAMBAR DISINI